Mini Logo

Ramadhan.

The Far Seer: Fahman on 6:34 AM

Ahlan wasallam ya ramadhan.

Bulan puasa kembali lagi. Bulan ini merupakan bulan umat islam, bulan yang dinantikan dalam memerangi nafsu. Bulan untuk kita perbanyakkan ibadat, kurangkan kemungkaran kerana syaitan- syaitan telah dibelenggu dikala tiba 1 Ramadhan.
pada.

14 Ogos 2009....
Aku keluar sekejap, pergi tukar tiket dan ke low yat (dalam bulan ni, dah lebih 10 kali berulang alik. rumah kedua aku nih) untuk tanya masalah komputer riba aku. Dalam kesuntukan masa, dan tenaga mahu tak mahu keluar juga aku ke Kuala Lumpur...

Laptop Puaka.



Kes pertama:
Ketika aku berjalan keluar dari monorel di stesen Imbi, ternampak aku sepasang kapel yang turut keluar. Lagak gaya seperti budak sekolah yang selalu lepak di Time Square. Budak perempuan tersebut memakai Tudung, berkepit dengan budak lelaki sebelahnya. Selepas beberapa seketika, aku ternampak lagi pasangan yang lebih dewasa, tanpa segan silu berpegang tangan di khalayak ramai. TIDAK KAH MERAKA MENGERTI BAHAWA SEKARANG IALAH BULAN RAMADHAN?

Kes Kedua:
Ketika baru balik dari stesen LRT Hang Tuah, aku berjalan dengan di belakang seorang pak cik. Asap rokoknya yang tebal dari pak cik ters3ebut membuatkan aku mual. Disebabkan pbeliau berjalan agak lambat, aku potong pak cik tersebut. Lalu aku menoleh, tanpa di duga, rupa rupanya pakcik tersebut seorang MELAYU. Ya Allah... kalau ye pon xpose, xpayah la tunjuk depan orang ramai. Tanpa membuang masa, aku meninggalkan pak cik yang kelihatan agak sihat tersebut.
Kesimpulannya, dalam dunia ini, terdapat pelbagai gelagat manusia. Di negeri kelahiranku, memang xpenah nampak manusia sebegitu. Bulan ramadhan penuh dengan keberkatan. Bulan ramdhan juga mengajar aku untuk bersabar. Contohnya, ketika aku menghantar laptopku, technician tersebut berkata, "kerosakan motherboardnya sungguh fatal sekali. Percentagenya untuk hidup adalah tipis sekali. Hidupnya adalah seberti kereta buruk yang tak bernilai untuk dibaiki lagi...."(bajet ayat doktor).


Keletihan di bulan Puasa...
(sayangnya ini sekadar gambar hiasan)

Dahla laptop tak dapat baiki, tikiet bas xdapat tukar. Seperti outing yang sia-sia, sekadar menghabeskan kos pengangkutan. Namun, di sebabkan bulan ramadhan, aku dapat bersabar. Kalau bulan laen, dah lama aku menyumpah pemilik kedai dan seluruh plaza low yat tersebut. Outing ini bukanlah tidak berguana. Banyak perkara yang aku dapat belajar dari outing selama 6 jam tersebut , ketika di bulan Ramadhan.

"Apabila masuknya malam pertama daripada bulan Ramadhan para syaitan dan pengganas jin akan dirantai, pintu-pintu neraka akan ditutup, tiada satupun akan dibuka, pintu-pintu syurga dibuka, tiada satupun akan ditutup. Akan ada seseorang yang akan melaungkan, 'Wahai orang yang inginkan kebaikan, datanglah. Wahai orang yang inginkan kekejian, berhentilah. Allah mempunyai orang-orang yang dibebaskan daripada neraka pada setiap malam." ((HR Tirmizi, Kitab as-Saum, Bab Ma Ja' Fi Fadl Shahr Ramadhan, No. 618. Dihukum sahih

0 People who also had seen:

Post a Comment