Mini Logo

The Last Advice.

The Far Seer: Fahman on 7:29 AM






Keluarga aku ketika di rumah nenek, Kg Limau Purut, Kuala Lipis.

Pada hari Jumaat yang lepas ( 20 hb Ogos), budak2 -budak ICON club menganjurkan majlis berbuka puasa.Ini merupakan majlis berbuka puasa first dan last dengan budak budak batch bagi aku. Maka, genaplah setahun nenek aku meninggalkan kami sekeluarga, iaitu pada miggu kedua menyambut ramadhan (xde ar genap sangat, tapi lbeh kurang la..)

Nenek bukanlah seorang yang tinggi Ilmu, tapi beliau seorang yang bijaksana dan penuh dngan kata-kata hikmah. Nenek banyak mengajar kami, lima beradik lelaki supaya bersatu menolong keluarga. Ketika aku kecil, banyak nasihat yang di berikan, supaya cucu- cucu kesayangannya tidak lupa dibawa arus duniawi.

Beliau sakit strok, sejak tahun 2003, ketika aku darjah 6. Mase duduk kat rumah kat kampung, nenek ada terjatuh kat bilik air. Beliau xdapat bergerak selama sejam. Namun, selepas tabahkan diri, nenek dapat bangkit lalu berkalan sejauh 500m ke rumak Aki cu (adik lelaki bongsu nenek). Sejak hari itu, nenek xdapat berjalan dengan sendiri, kena pakai tongkat. Keadaan semakin menyedihkan sejak 2 3 tahun yang lalu, pabila nenek hanya mampu terlantar di atas katil. Ketika itu, ma dan adik- beradiknyabanyak menghabiskan masa untuk menjaga ibunya. Kami sekeluarga juga menolong ma.

Selepas aku menghabiskan tingkatan 5, hanya aku yang berkesempatan duduk di rumah. Semua abang- abang aku duduk berjauhan, adik aku pula tinggal di asrama. Aku xdapat bekerja selepas SPM kerana menjaga nenek ketika ma dan abah bekerja. Aku xkisah. Dah banyak yang ma dan abah dah lakukan untuk aku, dan ini sahaja satu- satunya permintaan mereka ketika itu, untuk aku menyuap kanji ke mulut nenekku pagi2.

Satu pesanannya yang terakhir yang paling aku ingat:
" kamu tu belajar janganlah pandai kat buku je, kena juga pandai dalam hal luar dari buku (agama, budi pekerti, kemahiran hidup)"

Mudah-mudahan, rohnya dicucuri rahmat, dan ditempatkan disisi orang-orang yang beriman...Amin..


Tok Wan Timah, asal dari Pahang, disemadikan di Machang, Kelantan.
















0 People who also had seen:

Post a Comment