Mini Logo

Sandwich Analogy

The Far Seer: Fahman on 3:17 PM


Selepas solat tarawikh, aku pergi beli burger. Ada banyak pilihan, aku beli yang double punya. Nak jafikan cerita, aku merasakan burger 'single' adalah lagi bagus. Kurang semak, sayur yang lebih teratur, murah pun murah. Lihat sajalah burger big mac yang mempunyai dua lapis, tidak seperti burger fillet o' fish atau mac beef, big mac sangatlah bersemak dan sukar dimakan. Burger double seperti couple, banyak bende yang perlu di fikirkan, banyak wang perlu dihabiskan, dan banyak karenah yang perlu dilayan. Keadaan burger double seperti big mac juga agak mencurigakan.Daging- dagingnya (patties) dipisahkan oleh roti mewujudkan ketidak percayaan antara kedua-dua pihak. Hubungan yang tidak terikat secara ini lama tidak akan berkekalan dan lama kelamaan orang akan boring lalu lebih suka makan nasik.


Lihatlah betapa huduh dan tidak boleh dipercayai burger double nih.

Namun, berbeza pula dengan burger double yang satu ini. Double cheese burger memang kesukaan aku walaupun mempunyai dua patties. Patties dalam burger ini bersatu, seperti mana ikatan nikah yang sah yang disyarakkan dalam Islam. Burger ini adalah ringkas, senang dimakan dan tidak menyemakkan. burger ini diibaratkan pasangan suami isteri yang sederhana, tidak cerewet, dan sangat memahami antara satu sama lain
.
Lihatlah betapa chateknya berger double yang bersatu ini

Maka, aku membuat kesimpulan, burger single adalan lebih baik dari burger double.



p/s: apa yang aku merepek nih

0 People who also had seen:

Post a Comment