Mini Logo

Old Friends, Old Old Friends.

The Far Seer: Fahman on 7:48 AM



13 september

Ekspidisi raya dimulakan dengan mengambil sahabat-sahabat lama ia itu Nazirul, Azri, Hakim dan Adli. Selepas bertolak dalam 2.30 dari machang, kami menghala
ke Pasir puteh, bertujuan melawat Hazwan Zainuddin yang tidak berkesempatan mengikuti kami kerana kesuntukan ruang(kelisa kot). Selepas melalui perjalanan 40 minit, kami sampai di Padang Pak Amat. Namun, malangnya, beliau juga keluar beraya ke Bukit Abal yang berdekatan, lambat lagi balik.

Selepas itu, lami menjurus ke Rumah Saudara Irman Shahir, ada jemput2 makan. Nasik dagang lagi. Tujuan kami bukan kerana nasik dagang atau air sirap selasih tetapi hendak berjumpa dengan sahabat yang lama terpisah sejak sekolah manengah. Lalu lintas jalan raya Pasir Puteh- Kota Bharu agak sesak, Mengambil masa dekat sejam untuk menyampai Melor yang hanya 20 km jauhnya. Kami berhenti sejenak di Masjid Mahligai Untuk menunaikan kewajipan.

Setiba sahaja di rumah 'Leader Irman', Saudara Syimir turut menyertai kami. Rumahnya di kampung tersebut agak luas dan ramai juga orang yang bertandang. Hajat pada mula hanya untuk beraya di rumah irman, tapi Syimir juga mengajak ke rumahnya dan Hazdwan Ruzman juga yang berada berdekatan turut menjemput.



Ketika berborak di rumah Irman

Baru berborak-borak dengan budak-budak SMACH, tiba-tiba ma menelefon, cakap kawan lama aku dari SMK Hamzah, Shazlan Bertandang ke rumah. Aku berasa serba salah. Ingin tarik diri dengan cepat-cepat. Dah bertahun tak jumpa Shazlan nih, budak peramah asal dari selangor, mengaji di kelanta dan selalu senyum.

Jam menunjukkan pukul 7 petang. Kami beransur- ansur berangkat. Kami pun singgah ke rumah Hazwan zainuddin, Kalu tak bertandang kecil pulak hati penyokong Liverpool sorang nih. Kami solat maghrib di rumahnya. Ingatkan, selepas habes sahaja solat dan borak-borak sikit, boleh la balik. Tapi mak Hazwan dah sediakan makan-makan. Maka perlulah kami sebagai tetamu menjamah sebelum berangkat. Agak lama kami berada di sana. Jam menunjukkan pukul 9.30. Aku tanya Shazlan, dia berada di rumah sahabat lama, Shahidan. Aku harap dapat jua berjumpa dengan mereka.

Selepas mencari sate di machang, jam menunjukkan pukul 10.20 malam. Aku perlu menghantar Hakim, Adli di tanah Merah dan Azri di Banggol Kemian. Pukul 11.30 malam, aku sampai ke rumah. Rancangan untuk berjumpa dengan mereka tidak dapat dilaksanakan.. walaupun begitu, aku agak bersyukur kerana dapat berjumpa juga dengan sahabat-sahabat seasrama dahulu. Kita tak boleh mengembirakan semua pihak. Yang mana perlu di utamakan perlulah dilaksanakan terlebih dahulu. Entah bila pula aku dapat berjumpa dengan Shazlan(Mat Le) nih

Ikram melantak langsat di rumah Cikgu

Selepas dua hari, kami peri ke rumah Ikram dan cikgu Kimia kami, Cikgu Sanisah. Balik, 11.30 lagi. Konpem tak bleh kuar dah kesokannya.

0 People who also had seen:

Post a Comment