Mini Logo

Reflection

The Far Seer: Fahman on 11:03 PM




Pada 27 haribulan 8, minggu lepas, aku pulang ke kampung halaman. Kerinduan yang sudah lama terpendam selama 2 bulan terbalas. Akhirnya dapat jugak bersama family di bulan ramadhan. Biarpun raya hanya seminggu lagi, aku tetap balik. Hendak berbukak puasa di rumah. ( yela, mungkin inilah peluang terakhir untuk berada kat rumah time ramadhan...Insyaallah)..

Semua adik beradik aku, Long, Ngoh, Adek kecuali Chik ada kat rumah. memang berbeda dari dua bulan yang lepas. Rumah tengah dicat, dan renovate. fuh...konpem, mesti banyak keje kene buat.

Anak2 kucing di rumah pun, da banyak yang xde, di bagi kat orang lain. yang tinggal hanya dua tiga je. bagus la..tak serabut sangat.

Selain rumah, suasana ramadhan kat kampung aku pun banyak yang berubah. Kalau dulu, pasar ramadhan lebih meriah, pukul 2 ptang pun dah ada irang berniaga. Sekarang, pukul 5 pun orang baru nak berniaga. Berubah...memang berubah...

tetapi, ada yang lebih menyedihkan adalah kat madrasah rumah aku..

kalau tahun 2000..
Madrasah itu tempat yang meriah untuk sambutan ramadhan, makmum penuh, sampai 4 saf ke belakang.
Tapi tahun 2010...
Madrasah hanya cukup2 satu saf je..

Kalau tahun 2000..
ramai kanak-kanak, remaja-remaja yang sebaya aku turut serta dalam ibadah tarawikh.
Tapi tahun 2010...
Semua yang sebaya dengan aku dah xde.. Yang tinggal hanya pak cik- pak cik, makcik2 sahaja yang datang..


Sambutan sekolah

Mungkin, semasa aku berumur 9 tahun, penghayatan bulan ramadhan adalah lebih mendalam. Mungkin, bila dah berusia 19 tahun, ramai yang berasa leceh sembayang tarawikh di madrasah kecil ini. Malas bertemu kawan kawan sepermainan yang lama. Malas pergi ke madrasah bersama mak bapak.. Namun, aku juga perlu ingat, ramai di antara kita yang sudah melangkah ke alam pengajian tinggi. Mungkin universiti mereka xcuti. put you
rself in others' shoes.

Aku pun nak mengingatkan diri sendiri juga.. Bila di munasabahkan diri, aku pun bayak juga yang telah berubah..bile cakap pasal munasabah diri ni, teringat pulak time bersama sahabat- sahabat lama aku (Ikram, Azri, NAzirul, Zakirin dll), dorang banyak tolong aku.


Walau papepon... ucapan selamat menyambut hari raya aidil fitri kepada semua ma, abah, abang2 saudara mara, rakan-rakan se'AUSMAT, sahabat- sahabat lama di SMACH, SMK Hamzah moga2 sihat walafiat...(cheyh, macam salam perantauan)

2 People who also had seen:

Comment by F.Aminurrashidd on September 18, 2010 at 12:58 AM

buke munasabah. muhasabah diri. keh2x

 
Comment by Fahman on September 18, 2010 at 7:16 AM

sajo wat lawok. ore kea a2 bm

 

Post a Comment