Mini Logo

Family Guy

The Far Seer: Fahman on 4:42 AM People who also had seen (0)

Rasenye, kite pernah merasai perkara ini.

Bila sesuatu sudah tiada, kita baru menyedari kepentingannya,
merindui kehadirannya.
betapa pentingnya sesuatu, atau seseorang kepada orang lain di sekeliling kita.

.....................................................................................

Seminggu yang lalu, Seorang saudara Abah, iaitu anak saudaranya, "Cikgu Wil" atau ayoh kube kace telah kembali ke rahmatullah pada umur 72 tahun. Beliau menderita sakit paru-paru dan telah mendapat rawatan di HRPZ2 kota bharu.

Setelah sekian lama, akhirnya Suasana sugul kembali di Teratak Desa, kediaman Ayoh Kube Kace, tempat yang selalunya digunakan untuk menyambut perayaan Aidil Adha dan Aidil Fitri.

Abang sulung aku, yang baru seminggu berpindah ke Kuala lumpur, terus balik ke kelantan, menuggang motor Yamaha LC yang baru di'pos oleh abah. Ma pon trus berleter, bukan murah nak pos Motorsikal. Tapi Long sekadar terdiam.

Ketika majlis tahlil, Anak-anak saudara semua menceritakan yang Abang Long aku terasa seperti tersangkut(ada urusan tidak selesai) dengan arwah, tidak dapat tidur sebab pergi ke KL secara tergesa-gesa, tak sempat memberi tahunya. Ma pun faham.

Semasa di rumah arwah, sempat juga aku berbual dengan anak buah sorang. Semua cucu arwah dah besar-besar, ada yang telah berkahwin, dah ada anak.keluarga dah membesar.
Selepas ini, abang-abang aku pun akan melalui ini juga.
Selepas ni, ibu-ibu kita, ayah-ayah kita pula yang akan meningkat umur.
Menjadi tangungjawab kita, generasi-generasi yang muda untuk meneruskan tradisi, menguruskan majlis majlis.

Aku terdiam sejenak. SElalunya Arwah sebagai Ketua keluarga kediaman tersebut selalu mengepalai majlis, menyembelih lembu korban, sembayang hajat dan lain-lain. Sekarang sumua itu terserah kepada anak-anak cucu dan menantu-menantu, dan anak-anak saudara yang rapat..

Kami sekeluarga agak rapat dengan waris sebelah Abah. Selepas kematian nenek, Wan, kami adik beradik sudah ketiadaan orang tua abah dan ma. Kalau dulu beraya di kampung ma di pahang, tetapi sekarang seperti sudah jauh. Kampung abah di kelantanlah tempat bertemu.

Ma selalu berpesan, Sedara mara kita ramai. kena kenal-kenal. Jangan 'agah-agah'(sombong).
Betul. Kita orang melayu, terutamanya di kelantan,memang budaya kita untuk mengenali waris-waris yang jauh, spupu sepapat.Bile dah ade pangkat, kene ingat orang orang kat kampung.
Bukan asal orang senang.

Jadi...itulah. beberapa ingatan kepada aku
selepas ni duk jauh
kene la pandai bawak diri..
so...family first



p/s; moga moga allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

This is my Path

The Far Seer: Fahman on 5:15 AM People who also had seen (2)


Januari 1997

hari pertama pasuk Pra sekolah Hamzah 1
beli kasut sekolah baru, dapat free kalendar
pernah kene denda balik lewat sebab tak siapkan kerja oleh cikgu Pah, yang duduk hujung jalan,
tapi balik awal, LARI..
setahun lepas tu masuk darjah satu.
dapat nombor 24 dalam kelas. Ade budak pempuan kerek cakap orang bodoh, sebab dye dapat nombor satu lam kelas.
Ape aku pedulik

Ade fardu ain, abah balik lewat, tak dapat amek
pernah berjalan ngan abang sebab
sekolah punya lah jaoh
sampai bandar machang, abah jumpa.
kitorang balik skali

Februari 1999-disember 2003

darjah dua. Pindah sekolah ke SK hamzah dua, dekat ngan rumah, dapat jalan kaki.
Banyak kenangan kat sini. membesar kat sini. Jadi pengawas time darjah 3. Ada cikgu Nolsar, cekgu kelas yang suka borak. Habis masa ngan bercerita ngan kisah idup dye.
Mujur takde internet time tu. Kalau tak, mesti beliau dah ada Blog.

time ni jugak belajar al quran kat sekolah Ma, Smk machang.
Ayah leh, guru al quran. Punyalah garang. Penah nagis kene penunjuk straw yang disambung sepanjang 0.60m. Tapi sebab dye yang ajar, dapat jugak baca al quran dengan betul-betul, blaja hukum-hukum dye.

Naik darjah 5, ada world cup kat Korea jepun
Firstime dapat tengok bola, sebab main siang. Dapat kenal ronaldo, zidane.
naik darjah 6 upsr. banyak btol dugaan. Wat esey dua tiga page, Wat excercise math, pi kelas malam, bawak torch light. Ade sorang kawan, Amirul selalu bawak keropok losong, kaki ayam goreng wat makan time hari isnin. Enjoy. cikgu garang-garang tapi banyak juga karenah, mengajar macam mana nak menjawab soklan.
time ni jugak la gigi depan yang rongak baru tumbuh

tahun2004

dapat 5a. Mohon SBP, mohon Mara tapi tak dapat. Ma suh pi solah biasa,
SMK machang Or Hamzah. Pilih Hamzah
First time jejak sekolah menengah. cita cita hari tu adalah nak habiskan sekolah ngan cepat. dah malas.dan takde mood. Orang len punya la bes, cite gi mara la, gi skolah faris lah, gi mckk la, Alam shah lah..kite jugak yang terperap kat machang.

2006, ade world cup kat Germany. Time tu PMR, memang dugaan jugak. time tu duk kelas first, memang susah nak compete ngan budak cina. Dorang rajin, kita ngadap tv doplohpatjam. dapat kawan yang peramah giler, Shazlan. Budak luar, duk ngan Atuk dye.
Ade jugak time petang, selalu balik kereta sewa. Tapi malas, kitorang berjalan sekali.
Motor? Abah mane beli motor. Takde pekdah untuk budak-budak.
time ade basikal, kitorang mengayuh sekali. Lalu short cut jalan ladang getah. Ada kedai, Shazlan suka beli air jeruk kat sebuah kedai kat situ.
time tuh, memang tak fikir pon pasal cita-cita, apa nak jadi dan nak belajar obesi.
pikir pasal nak bebas, habis belajar

2007. result baru kelaur. Dapat lah masuk SBP s
ebulan selepas tuh.
SMS machang. Frust jgak sebab dapat dekat, sape suh amek Subjek teknikal. lkalau amek Bio dapat jauh sikit.
tapi ma suh jugak pergi..
insyaallah, dapat rezeki yang elok kat sana.
Baru duk sebulan, dah tak tahan. Ase nak balik sebab takde member, takde tv.
ye la bukan jenis peramah, senang bergaul
Lepas pujuk punya pujuk, akhirnya stay sampai spm

Kat sini memang adak boring, tapi kena pandai cope.
study environment memang best. dapat tumpu, sebab t
akde distractions.
Kat sini, memang tak aktif. jawatan paling tinggi pon bendahari kelab Akuatik. , berkawat ponteng, cikgu-cikgu jarang kenal, sebab form 4 baru

kat sini banyak mendewasakan kita.
sebab dapat kenal sahabat-sahabat yang bijak-bijak dan jenis pemikir.
Azri, Ikram, Zakirin,Nazirul, Zul Farhan, mereka semua orang-orang yang hebat dan berpersonaliti yang menarik.
banyak memberi nasihat dan bertukar tukar pendapat. selalu juga menjadi mentor dan teman study. kat sini juga dapa tkenal bermacam orang yang men
yakitkan hati, penikam belakang. tapi perkara tersebut telah memberi pengajaran dan pengalaman yang bermakna buat semua.
kat sini jugak mula bejinak-jinak dengan seni bina, sebab belajar subjek Lukisan kejuruteraan.

2009, result spm dah keluar. alhamdulillah...
dapat jugak..walaupun tidak lah sebagus mana.LK ,TK, BM dan PAI dapat a2..
Dapat tawara pi UM, wat asasi alam bina mintak jugak JPa, tapi tak dapat
dye suh daftar UM dulu

Tapi perkara pelik berlaku. terdapat bengkak yang ganjil, menjadikan bentuk muka aku seperti betik. Cek punya cek, kene buat pembedahan kat Kota baru. First time masuk wad setelah sekian lama.
Orang lain dah daftar UM, Abah pi tolong daftarkan. punya la lawak time tu.. sebab tiba-tiba je bengkak kat pipi.
Kawan-kawan sekolah datang melawat.
Time kasih, memang hargai sangat.

lepas sebulan duk UM,
dapat Call dari JPa, time tu ngah jalan-jalan KLCC ngan budak-budak UM.
dapat Tawaran blajar australia.
Hepi giler
trus call ma. Then dapat duk UM sampai sebulan, t
unggu surat tawaran KBU.
Dahla terbazir yuran, nak keluar pun kene bayar yuran penginapan. Ump3..

julai 2009.

Berhijrah ke bandar Utama.
agak jauh. tapi berbaloi jugak. first time kenal One Utama.
dapat kenal kawan-kawan dari SBP lain. Semuanya Insan-insan terpilih.

Persediaan bukan senang. Dah la lecture punya kejam, mengata lam fesbuk
Lam kelas kuat marah-marah, kuat kutuk-kutuk
But it is the reality of life.
Kena belajar macam mana untuk menerima kritikan.
Kesian jugak kat member yang teruk kena maki, sampai tertekan duk sorang-sorang,
Main Pes je skali.

time raya, dapat jumpa sahabat-sahabat sekolah menengah. Dorang duk kate,
"ko dah tak lame dah"
rase berdebar, takut jugak
ma abah akan malu kalau tak lepas.

Disember 2010.
result baru tahu. time tu ade AFF suzuki Cup. ora
ng ngah bersorah tengok bola, aku duk runsing, pikir pasal result.
Buka bukak, tap dapat tengok markah TER, yang menentukan dapat fly atau tidak
memang Tak keruan selama 5 hari
akaun kena block.
orang lain dah hepi, dapat result
siap post dalam fesbuk..
Aku terus smayang hajat.setiap hari
ni la manusia, time susah baru ingat kat Allah

lepas lima hari, alhamdulillah...
dapat result.
OK ar.
same ngan roomate, Najib.
dan yang special pasal dye ni, dye ikut aku sekali je,..
Kat UM, amek Coarse sekali
Kalt KBU duk sekelasn sebilik
LEpas dapat result, sama jugak
Dan dapat UNIversity sekali, kat OZ.

ye. dapat pi Obesi...
tah. sekarang tak rase excited pon
sebab bukan semua yang hepi cam kita
kena jgak pikir sal orang len

dan ada masa sebulan je
nak spend ngan family
ingat nak keje
tapi tak sempat... Medical check up lagi, borang lagi
Tapi dapat jugak wat ma abah hepi.
Aku pun hepi

arap pergi dapat kenal islam ngan lenih baik. Dapat kenal orang baru (walaupun aku akan duk serumah dengan roomates aku dan classmates aku di KBU)
arap tak tinggal semayang. dapat blajar, hayati al quran.
senior cakap, lepas duk luar negara, kite lebih terbuka, dapat lebih mengenali islam.
Insyaallah, Hidup akan diterangi dengan cahaya keberkatan.
dan dapat berjuan di jalan Allah.
Arap dapat jadi arkitek yang baik, balik malaysia dapat berkhidmat kat masyarakat.
INSYAALLAH..
i'm Pahman. I'm Flying