Mini Logo

In the New Place

The Far Seer: Fahman on 3:27 AM

well..Ini merupakan first time menulis kat Geelong,Victoria, Australia. Kat sini memang underexpected, ingat macam city kat Melbourne. Jaraknya agak jauh (tapi dah kira dekat dah kat sini) ke city, lebih kurang 90km. Tempat ini lebih sunyi dari machang, pukul 5.30 kedai dah bungkus. Walaupun lebih besar dari Kota Bharu, dia punya Shoping Mall tak buka sampai lebih pukul 9.30 malam.Orang-orang kat sini memang peramah, dan guna basikal adalh keutamaan, Takde motorsikal 150cc, takde gejala rempit.

Kami sampai di sini berlapan orang, semua masih mencari rumah. Susah jugak kat sini walaupun cost of living lebih murah berbanding kat city. Harap-harap dapat jumpa secepat yang mungkin.
Dan cuaca hari ini, Alhamdulillah, tak lah sesejuk seperti hari pertama. Harap nama je summer, tapi sejuk macam kat genting. Time winter tak tahu la macam mana.

time ni pukul 1.30 tengahari, pakai sweater.

Tadi, pagi baru daftar kat Deakin Waterfront campus. Tempatnya agak cantik, dan taklah sebesar seperti campus terdekat iaitu Waurn Pond Campus kat Geelong jugak. Dan dapat jugak terjumpa budak postgraduate dari UIA yang baru daftar. Kat sini memang ramai budak UIA yang buat postgraduate. Kebanyakannya ialah budak-budak architecture.

Masa jalan-jalan, aku terlihat suatu figur yabg familiar. Ia adalah Model sebuah binaan:


yes. This is a model of Masjid Kampung LAut, in Nilam Puri. Model ini dibuat oleh seorang penuntut dari Malaysia, dan masih terpamer di studio kat Deakin. Terdapat juga beberapa binaan model rumah Melayu yang dibuat di sini. Dan aku berasa bangga jugak sebab ada binaan dari Malaysia khususnya dari negeri aku dipamerkan kat sini.

Well, for your information, ini first time kami jumpa pelajar Architecture seramai ini. Tak sangka pulak ramai belajar kat Deakin. Dan hampir setiap orang akan akan tanya: "betul ke nak jadi Arkitek ni?"

Kail bukan sejengkal, jadi lautan luas juga yang diduka. Memang kami berlapan ni, kate-kata memang minat senibina. Tapi para senior juga cakap macam tu ketika mula-mula belajar,tapi semangat tu semakin kurang.Ntah la. as long as ada minat yang mendalan dan keazaman yang kuat, boleh je. Dan kena willing to spend for the project,bukan murah satu-satu.

Begitulah kehidupan kitorang dua tiga hari yang pertama. Memang down juga, Rumah tak jumpa, kena cari rumah, inspect punya lah jauh. 5 minit berjalan diorang sama dengan setengah jam kita orang melayu berjalan. Harap-harap dapat settled in secepat yang mungkin. Orang lain dah boleh berjalan seluruh city, kitorang masih terperap lagi. haha..

0 People who also had seen:

Post a Comment