Mini Logo

Brothers, the Origin

The Far Seer: Fahman on 4:51 AM People who also had seen (0)

Salam.

hari ni adalah 1 mac,2011. dekat seminggu duk kat sini. Rasa dah biasa ngan bandar geelong ni. Takde la besar sangat. Besar Kajang je, ade shoping mall dua tiga. Dan sebab jaraknya jauh-jauh, antara bandar ngan rumah, dan takde kereta atau public transport(tram) macam kat Melbourne, maka kakilah jadi kenderaan kitorang. Kaki dah melecet, kena beli kasut baru. (rugi kasut adidas baru beli).

Seminggu yang lalu, abang aku yang sulung(long) baru add aku. Dia suruh approve, time kat airport. Hmm. Cam tu ar. selepas sampai je kat sini, dia terus chat kat fesbuk. Gelabah jugak. aku bukannya biasa berbual ngan dia, bukan macam abang aku yang no.3 tu. Kat rumah dulu sekadar berbual sikit-sikit je. "dah makan? bile nak pergi? ma dah balik? oghe nak guna kereta"..

Masa chat, dia tanye, "macam mana kat sana? dah dapat rumah? da masuk University?''..ish...segan aku..Caring jugak brader nih. walaupun aku penah kena terajang kat dia sebab wat adik aku nangis.

Selepas dua hari, Abang aku no.2 (ngoh) pulak add. Dia ni lagi la senyap. Ngan gambar profil kucing kesayangan dia(Geboh), dia antar aku gambar yang dia amek ngan phone dia. tapi takde pape lagi yang cakap.

Well.itu lah yang aku boleh cakap pasal abang-abang aku. Yang sorang lagi tak payah cakap pon takpe. dah bese.Adik aku ngan aku pon ok, sebab tak jauh sangat beza umur. yang lain-lain,Walaupun kita tak bertegur sapa, tak bercakap, kita takleh lari hakikat bahawa kita semua berasal dari rahim yang sama, mendapat kasih sayang yang sama. Kisah-kisah lama yang mencalarkan hubungan adik beradik hanya sekejap sahaja. Tak kira sejauh mana tempat kita merantau, kita mencari rezeki, kita semua tetap akan kembali ke tempat asal kita;