Mini Logo

The Hiatus

The Far Seer: Fahman on 8:29 PM

Dah lama berehat, dalam dua bulan. Ini sebab assignment punya pasal, designing, drawings dan researchings. Sebab itu dia di eja dengan "Ass" kat depan. Setelah dua bulan menetap kat negeri Pulau ni, dah semakin expert dah sikit tentang arah dan budaya setempat. Bueh jadi tourist guide pulak. Btw, selama di perhatikan, memang banyak yang berbeda berbanding tanah tumpahnya darah sendiri. Memang kadang-kadang terasa rindu dengan suasana kat rumah yang panas dan hangat.

Ada beberapa benda yang ade kat malaysia tapi takdak (kurang) kat Australia:

1. Orang tua yang Kurus dan Sihat

dekat sini memang ramai yang obess, termasuklah warga emas. Namun, mereka tetap aktif keluar dengan menggunakan wheelcha(sebutan wheelchair) dan scooter electrik. Mungkin sebab orang tua dekat negara kita lebih aktif, keluar pergi percucuk tanam, pergi menoreh dan sebagainya selepas retired. Apalah yang bapak aku akan buat selepas pencen nanti.

taun depan buleh masuk sukan sea, lepas tu masuk sukan asia. huish.

2. Bola sepak (soccer) bukan permainan yang femes.

Yang ni memang takleh tahan. Gila ke orang bangsa lain seluruh dunia duk layan football, diorang taklayan pon.Di sini, mereka lebih menonton Footy dan Ragbi. Masakan tidak, dalam Hyundai A-league, liga bola sepak Australia pun hanya mempunyai Doblas Team. Busan2. Nak tengok Epl, Champions League pon susah,Liga Super lagi la. Kena bangun pagi pukul 6 baru ada match.
footy adalah gabungan game ragbi, bola sepak, bola keranjang dan dimain dalam padang berbentuk oval.


3. Makanan yang berperasa dan Best2.

Haha.. rindu betul ngan Budu, sambal belacan, Gulai Tempoyak ikan patin, asam pedas, tom yam. Kat sini, nak cari Meggi yang halal pun susah. Hari-hari makan mee goreng mee sedap memang tak berapa sedap la jadinya. Bahan-bahan nak buat gulai kat Asian Grocery pun mahal. Lada kering, Kunyit sampai Au$6, Perencah sampah AU$5 se sachet. Makan Kari tiap-tiap hari buleh tercirit di buatnya.

*taknak bubuh gambar makanan, tengah lapar..

namun, ade jugak perkara yang tek berapa elok(tak baik), ada kat Malaysia dan takdak kat Aussie.

1. Rempit

Bila diperhatikan, baru aku sedar kenapa adanya masalah rempit. Sebabnya dalah adanya Motorsikal kapcai. Tapi kita tidak boleh menyalahkan pengeluar motorsikal tersebut kerana remaja-remaja yang menyalahgunakannya. Dekat Australia(kat negara barat mana pun), Motorsikal ber CC rendah selain scooter tidak digunakan. Hanya Superbike sahaja seperti Kawasaki Ninja, Ducati, dan sbgainya. Ini kerana Remaja-remaja di sini lebih digalakkan menggunakan Basikal dan SkateBoard untuk bergerak, dan Superbike hanya untuk digunakan untuk orang dewasa sahaja. Namun, langkah ini tidak praktikal jika di lakukan di malaysia kerana standard of living berbeda( income rakyat kita berbeza berbanding Aussie, tidak ada kaitan dengan currency). Dan jalan-jalan di malaysia tidak lah secantik di Negara maju untuk anak-anak muda menggunakan Skateboard sepanjang masa. Dan agak tidak masuk akal juga jika Pak cik-Pakcik yang hendak menoreh pergi dengan menaiki Kawasaki Ninja berwarna Hijau, sambil membawa cuka getah.Jadi masalah ini takkan selesai dengan meniru budaya lain sebab latar belakang kita berbeda dengan mereka.

Pakcik nak pi amek cuka getah sat...


2. Lalu lintas yang selamat.

Yang ni antara yang aku suka tentang negara barat. mereka jarang ada penghadang jalan, kerana pemandu-pemandunya bersikap penyabar dan tawawuk(chet.)Even diorang punya Highway pun selamat untuk dilintasi dan tak perlukan penghadang jalan. Dan dekat persimpangan, pedestrian perlu menggunakan lampu isyarat untuk melintas( especially kat bandar). Means tak perlu tengok kiri, tengok kanan untuk melintas, tengok depan sahaja. Orang tua-tua pon rasa selamat untuk melintas, sebab pemandu akan tetap tunggu sehingga jalan dah clear, walaupun Lampu isyarat untuk kereta sudah hijau. (sistem lampu isyarat mereka lain sedikit berbanding yang Malaysia punya.


gambar hiasan

Namun, orang tua-tua jugak yang betul.. Hujan mas megeri orang, Kena hempap kat hujan batu kat negeri sendiri lagi BEST.

2 People who also had seen:

Comment by Syazwin on May 5, 2011 at 9:37 AM

nice ;p take care kat tempat org ye..

 
Comment by Fahman on May 7, 2011 at 6:15 PM

InsyaAllah.. goodluck jawab exam :)

 

Post a Comment