Mini Logo

Observant People

The Far Seer: Fahman on 10:40 PM




Adrian Monk yang takut kuman. Semua benda yang dipegangnya akan di sapu menggunakan tisu khas.


Monk. Dah tujuh tahun aku tak tengok english series yang satu ni. Disebabkan aku tidak tinggal di asrama masa Form 1, aku dapat menontoLinkn drama lewat malam (masa tu ada tv 1,2,3). Apa yang membuatkan aku ingin menonton kembali citer ni adalah sebab perwatakan Detektif Adrian Monk yang unik.

Beliau seorang yang fobia terhadap kuman (germ-phobic), skeptikal, dan sukakan sesuatu dalam keadaan teratur. Selepas kematian isterinya yang dibunuh, Monk menjadi trauma dan terasing dari dunia luar selama 3 tahun. BEliau juga merupakan watak yang paling observant dalam mana-mana english series yang pernah aku tonton.Monk tidak perlukan alatan-alatan yang canggih untuk mengesan cap jari seperti mana Horatio Caine dan Mac Tylor menyelesaikan kes homisid, sebaliknya dengan pemerhatian yang tajam dan penakkulan seolah-olah cerita detektif Sherlock Holmes.

Melalui episod-episod drama ini, penonton juga dapat mengagak siapa pembunuh yang sebenar melalui pemerhatian yang teliti.Di USA cerita hero tua yang alah kepada kuman dan kotoran dapat disambung sehingga ke 8 musim.


p/s: memerhati gelagat manusia sekeliling adalah sesuatu yang menyeronokkan. dalam satu babak, kita dapat menafsir pelbagai maklumat temtang seseorang.

2 People who also had seen:

Comment by mykhalis on July 25, 2011 at 11:30 PM

yeah..teringat satu episod yg bandar kotor tue..dia dapat duudk dalam lab baru leh fikir ngan logik..

 
Comment by Fahman on July 26, 2011 at 7:38 AM

kalau dye jadi roomate, memang susah hidup. ha3

 

Post a Comment