Mini Logo

Now and Then

The Far Seer: Fahman on 1:34 PM People who also had seen (0)


Masa kecik-kecik, ma dan abah selalu cerita tentang zaman budak-budak. Macam mana mereka pergi sekolah, macam mana mereka meluangkan masa lapang, macam mana mereka bermain. Antaranya yang selalu dengar;

"Dulu ma selalu jalan dari rumah ke Bandar k.Lipis. Sekolah menengah yang ada jauh"
"Dulu Abah selalu main selambut, baling selipar jepun, tarik upih. Budak sekarang mane kenal benda-benda ini"

Bila generasi kita sudah dewasa, apa pula kita akan katakan pada anak-anak kita?

"Dulu masa Abah kecik selalu je main Deng Dang, Tora, Main kejar-kejar, main berebut tiang. Mana ada PS2, Ipad semua ni."

Kalau taman permainan macam ni wujud masa aku kecik kan best

Dari generasi ke generasi, perubahan sosial pun berlaku. Ada yang baik dan banyak juga keburukan. Mungkin budak-budak zaman hadapan ramai yang akan obes sebab terlampau kuat menghadap video game. Bila teringat zaman kanak-kanak, memang banyak kenangan yang tersirat. Kadang-kadang aku tersenyum sorang-sorang bila teringat peristiwa lampau. Sedar-tak sedar, dah dekat dua puluh tahun aku bernafas di atas muka bumi ini.

Slightly Wordless #2

The Far Seer: Fahman on 1:23 PM People who also had seen (0)


Sebulan tak balik, 3 ekor branak
Setahun tak balik?
Berekor-ekor