Mini Logo

Things That We Beleive

The Far Seer: Fahman on 12:41 AM People who also had seen (0)

5.06 petang, 13 November

Akhirnya sampai juga aku ke bandar Tanah Merah. Aku bertolak dari Tangjung Malim bersama abang pada pukul 8 dan sampai dengan cepat sekali pada pukul 3.04 pagi. Selepas setengah jam, Abah datang bersama Kelisa kuning kesukaan aku mengambil kami. Perjalanan yang panjang dan memenatkan, tambahan pula aku tertinggal sweater. Sungguh sejuk dan menyakitkan.

Pada 10 haribulan, dengan rasminya kami sekelas telah habes peperiksaan final, budak-budak boleh balik. Aku merupakan orang yang pertama meninggalkan asrama Centrepoint dan menuju ke kampung halaman. Usaha sudah dilakukan, yang tinggal hanya doa dan harapan. Insyaallah, kita dapat berjumpa antara satu sama lain di KLIA kelak.

HAri-hari selepas selepas ecam Kimia bagaikan Hari-hari selepas tamat SPM. tiada hala tuju. Hanya tahu menghadap laptop 24 jam, ada yang keluar bersama-sama bro-bro sekalian. aku terus mengambil keputusan untuk balik Kelantan, walaupun didengari hujan dan banjir disini. Btw, tahun ini aku sempat menyambut hari raya haji di kampung, bukan seperti tahun lepas yang aku tidak ingat sebab aku tidak dapat pulang.

Pabila sampai di garaj rumah, aku dapat melihat kucing-kucing anak-anak KELABU(seekor kucing) sedang nyenyak tidur. Sudah besar. ekor menggerbang, bulu lembut,gemuk dan sudah bersih dari kurap, siap ada rantai loceng lagi.
Ruang tamu yang ditambah sudah siap, sudah dicat dan dipasang siling. Dua bulan aku meninggalkan rumah, dah banyak perubahan berlaku. Kalaulah aku tinggalkan rumah 5 tahun. macam mana ea....?

Kadang-kadang aku masih berfikir. Dapatkah aku terbang ke negara atas angin, belajar seni bina di sana? kalau aku dapat pergi, dapatkah aku hidup di atas kaki sendiri di sana?adakah aku sudah bersedia? MAcam mana perasaan Ma bila tahu aku tak dapat pergi?

Walau bagaimanapun, aku berharap agar masa yang terluang ini dapat digunakan di jalan yang terbaik. Aku berharap semua budak-budak batch aku dapat bersama-sama terbang.

We'll break the odds, shut the mouths of those who do not beleive, and fly with the wing that we spared once we enter the AUSMAT nest. Insyaallah, all of us can.

Red Shift and Blue Shift

The Far Seer: Fahman on 10:40 PM People who also had seen (0)

2 November

Dua tiga hari ini merupakan hari yang penuh tekanan dalam hidup aku.Aku menghadapi peperiksaan ATA, sesuatu yang menentukan hala tuju hidupku dalam masa dua tiga tahun lagi. Rasanye, ini merupakan pertama kali aku betol-betol tertekan. (aku kan selalu cool..ha3)

Kelmarin paper Fizik. Aku memang harap dapat buat yang terbaik tapi ntah tiba-tiba, keinginan membuang air mengganggu konsentrasi( tak tahu kenapa, aku hanya meminum segelas teh tarik ah Kheong pagi sebelum exam). Buka sekali, tetapi dua kali. Paper fizik bukannya ada masa untuk keluar, semua orang gigih melanyak paper masing-masing. Sebabkan masalah ini, aku tak dapat tumpu untuk soalan-soalan yang telah aku tinggalkan awal-awal. banyak yang tak jawab.

Paper kedua ialah English. Aku meminta seorang sahabat untuk melihat sample-sample essay yang terbaik dalam batch. Semakin aku baca, semakin aku terasa, betapa tingginya bahasa mereka, betapa luasnya vocab mereka berbanding aku.Terasa risau, runsing dan keresahan. Mak aku seorang pengajar bahasa Inggeris tetapi aku masih melakukan kesalahan grammar, masih tersalah antara wavelenght dengan wavelength, antara light dengan light. Terasa seperti, kalau stadi pun hanya membenakkan fikiran je. Aku semakin bercelaru, tak dapat tido.

Untuk menghilangkan tekanan, aku selalu bermain game, melayan movie. Aku sudah menghabiskan 20 episod 'How I Met Your Mother' season 1 dalam masa dua hari (ada pulak masa nak tengok drama). Namun, banyak perkara yang aku lakukan (men game, Internet, Movie) , semakin aku jadi kelirur. Aku kadang-kadang terfikir, apa yang aku hendak sebenarnya, apa tujuan aku sebenarnya. Sedangkan Dao zhen yang terrer pun sedang sibuk melekat kat depan bukunya, aku yang masih merujuk guna kalkulator untuk buat integration pula masih rileks lagi. Terasa seperti apa yang aku buat sekarang tiada hala tuju.

Pada suatu malam, aku tak dapat tidur. Bukan hendak memikirkan perkara-perkara lalu tetapi semua perkara-perkara tersebut masih bermain-main dalam minda, mencubit aku supaya tidak tidur. Hampir sejam aku terbaring tanpa terlelap. Akhirnya, pada pukul 2.00, aku bangkit dan terus ke bilik mandi. Membasuh tangan kanan, dikuti kiri.Lalu berkumur, dan menyelesaikan rukun-rukun wuduk. Kain pelikat berwarna coklatku dicapai, sejadah dibentang. Aku menunaikan solat sunat hajat dan taubat.

Kadang-kadang aku terbaca blog sahabat-sahabat dan kenalanku. Ada satu blog sahabatku yang paling aku suka, blognya penuh dengan analogi dan nasihat supaya pembaca dapat berfikir di jalan yang betul. Betul kata penulisnya,games, lagu-lagu dan movie bukanlah sesuatu yang berkesan untuk melepaskan stress, sebaliknya ia adalah sebab untuk membazirkan masa lapang. Hubungan yang baik dengan Allah memberi ketenangan kepada kita. Aku juga terfikir, mungkin kesalahan-kesalahan yang aku buat pada masa lalu telah membuatkan kehidupan aku tak tenang, hingga menggangu aku menjawab paper exam.Aku berharap, keimananku tak goyah dan jati diri aku masih teguh bila merantau ke negeri orang tahun depan (insyaallah)

p/s; aku baru perasan. selain Bahasa Inggeris, tatabahasa Melayu aku pun agak terbatas juga kadang-kadang. mungkin sebab jarang bercakap kot...

The Seer.

The Far Seer: Fahman on 3:53 PM People who also had seen (0)

The Seer. Si pemerhati. Itulah aku. Seorang yang suka memerhatikan situasi sekeliling dan berfikir di sebaliknya; tentang sebab-sebab dan akibatnya.(macam ahli sejarah pulak). Banyak perkara terjadi dalam dunia ini mempunyai sebab dan akibatnya. Kita sebagai khalifah di muka bumi ini sememangnya mempunyai sekelumit sifat inquiri(ingin tahu). Itulah sebabnya kita di sarankan mengkaji tentang keadaan sekeliling, tentang sains, sejarah dan juga tentang kebesaran Allah SWT Pencipta alam semesta ini.


Mengenai orang-orang di sekeliling aku. Banyak takkulan dan andaian yang dapat dibuat berdasarkan tingkah laku dan emosi mereka. Walaupun aku bukanlah sehebat detektif Conan, tapi perkara-perkara yang berlaku di sekitarku membuatkan aku semakin berjaga-jaga, dan berfikir tentang perkara tersebut.

Dalam sesuatu, tentu ada sebabnya.

Tentu ada sebabnya...
Kenalan-kenalan kita membuka kesilapan kita di khalayak umum..

tentu ada sebabnya....
Sahabat kita berjalan dan makan seorang diri....

tentu ada sebabnya...
Rakan kita berpindah bilik dan tidur di lantai bilik orang...

tentu ada sebabnya...
Member kita tiba-tiba baca novel jiwang dua tiga bijik sambil mendengar lagu jiwang kuat-kuat...

Masyarakat sekeliling yang terdiri dari rakan, sahabat dan member semestinya mereka yang kita sudah kenal dua tiga tahun dan sudah arif dengan peel perangai mereka. Bagaimana pula orang yang baru kita kurang kenal contohnya Kawan baik Member? Adakah kita adil bagi kita untuk membuat andaian tentang mereka?

Ada orang kata, kalau kita tak kenal orang, kita tak layak menilai orang tersebut. Namun, first impression kita terhadap orang tersebutlah yang membuatkan kita nilai seseorang yang baru di kenal. Apa andaian kita bila mengetahui Kawan Baik Member kita yang kurang kita kenal membuat sesuatu yang tidak baik? Perlukah kita memberitahu member kita,atau di biarkan sahaja kerana khuatir hubungan kita sebagai Member akan terjejas. Biarkan sahaja? Let it Be? Laissez Fair? Biarkan si Luncai terjun bersama labunya. Biarkan Mat jenin dengan angan-angannya.





Time is running out.

The Far Seer: Fahman on 12:44 PM People who also had seen (4)

10.10.10, Ahad


Ini bukan tajuk lagu Muse. Ini adalah sesuatu yang difikirkan oleh semua pelajar AUSMAT pada saat-saat bulan sepuluh, selepas peperiksaan MOCK. Masa sudah suntuk, bagai nyawa dipangkal tengkuk. Sudah tiba masa untuk kita bertungkus-lumus berusaha berlipat ganda untuk mencapai kejayaan yang berkekalan di dunia dan akhirat, bukannya ber'Emo melayan tekanan emosi dan perasaan.

Dalam minggu ini, banyak perkara yang telah terjadi kepada budak-budak yang lahir tahun kambing ni. Antaranya, gambar-gambar yang "menaikkan semangat" yang diupload dalam facebook. Ada yang menerima secara positif, ada yang mengatakan itu tidak profesional, ada yang kena sumpah, ada yang kata itu hanya gimik semata-mata. Namun, di harap semangat kita untuk berjuang tak akan pudar sehingga ke saat akhir, agar kita terus berusaha segala harapan yang diletakkan di atas bahu kita dapat di balas dengan air mata kejayaan.

Semakin hari, semakin cepat masa berlalu. Selepas sahaja peperiksaan MOCK, kami dapat cuti selama seminggu. Masa yang ada itu, aku berharap dapat diluangkan untuk menelaah, memperbaiki kelemahan-kelemahan dan kesilapan yang dilakukan semasa peperiksaan tersebut. Tapi....

Banyak masa yang dihabiskan di hadapan Laptop Compaq F700 kesayanganku ini. Maen PES, DotA, The Sims 3, Online. kalau dah terlampau boring, Chess pon layan. Banyak masa terbazir begitu sahaja. Kadang-kadang aku terpikir, betul ke rancangan aku? Aku nampak member-member pun ramai yang masih bercuti selepas MOCK, buku tak di sentuh lagi.

Pada pagi hari rabu lepas, aku nampak sahabat senegeri sedang menelaah seorang diri di tingkat atas. Dikala rakan- rakan lain sedang bercuti, beliau seorang sahaja yang ,masih tekun belajar walaupun tak ada teman. Aku mula sedar. Masa cepat berlalu. Seminggu masa yang terluang hanya tinggal tiga hari sahaja. Aku mula mempunyai niat untuk membelek helaian kertas Fizik dan Matematik. Aku melihat rakan sebilik juga mula menyusul langkah yang sama.

"Manfaatkanlah lima kesempatan sebelum datang kesempitan. Manfaatkan usia mudamu sebelum kamu tua, manfaatkan sehatmu sebelum sakit, gunakan kekayaanmu sebelum kamu miskin, gunakan waktu lapangmu sebelum kamu sibuk dan manfaatkan hidupmu sebelum kamu mati." (HR al-Hakim)

In my Mind.

The Far Seer: Fahman on 6:56 PM People who also had seen (0)

"Kerana ilmu kita bertemu,
Kerana perkenalan ukhuwah terjalin,
Kerana cita-cita pisahan akan terjadi,
Kerana Ukhuwah Fillah ia akan berkekalan dan diredhai."

Nine-teen

The Far Seer: Fahman on 7:10 PM People who also had seen (0)


2 Oktober 2010

Pabila nombor ditambah satu bada umur kita, itu bermakna kita sudah semakin dewasa, semakin matang dan berpengalaman. pertambahan umur juga bermaksud kita semakin mendekati kematian setahun. Maka, semakin tua, semakin banyaklah ibadat kita.(sepatutnya).

Aku tak letak tarikh itu dalam Profil aku pada mulanya. Hanya orang yang betul-betul mengenali aku akan mengucapkan selamat.

Bila umur sudah bertambah, banyak juga yang telah aku renu
ng-renungkan tentang masa silam. Banyak juga kesilapan- kesilapan yang telah tersengaja dilakukan. Sesal sahaja tidak berguna, tetapi perlu berazam untuk berubah menjadi lebih baik, itulah yang perlu dilakukan.

Bila dah semakin dewasa, kita renung-renugnkanlah. Adakah itu merupakan umur yang menghalalkan kita untuk berbuat maksiat, berbaik-baik dengan perkara syubahah, atau umur yang memantapkan keimanan dan ketakwaan kita pada Dia. Jangan lah kita berpendapat, nombor pada umur kita akan bertambah sebanyak 50 tahun lagi, baru hendak bertaubat. Kematian tak menunggu kita.

Pursuit my dream


P/s:Aku seumur dengan Nazirul Nazlan. Tarikh lahir yang sama, tempat lahir pun di Hospital Di Raja Metropolitan Machang.

Awie - Tragedi Oktober

The Far Seer: Fahman on 2:13 AM People who also had seen (0)

1 oktober 2010:, ya, hari ini.



terasa kehilangan,
tapi juga rasa kelegaan.
Satu Oktober, yang sepatutnya dilakukan