Mini Logo

The Parody of the Month.

The Far Seer: Fahman on 6:36 AM

July. Bulan yang dijangka bagus, baek untuk aku teruskan hidup. Ironinya, penuh dengan assignment. tiap minggu kena buat kerja, tak boleh rilek. Hidup macam tak tentu hala. penuh cabaran.

Aku letih pergi low yat tiap tiap minggu. semua gara- gara compaq second hand dari abang aku, baru setahun dipakai. Dari dvd-rom driver, then internet adaptor. dan last skali, power supply. dan hari ini, aku tulis post ni guna laptop kawan aku. Sememangnya bukan bulan yang baek untuk aku. Aku letih. Dengan duit yang mengalir macam air. Baru sebulan dapat elaun. Aku malas pulak cakap kat mak pasal laptop nih, Mesti ingat aku kuat maen games, sampai rosak bene alah nih.

Namun, setiap perkara ada hikmahnya. Sekarang ni bulan shaban, bulan nabi muhammad. Ma ade pesan, banyakkan puasa, bnyakkan bace yasin. banyak bersabar. "Ma xmarah pun pasal laptop rosak tu. Baiki je, nak guna untuk blajar susah. Jimat-jimat la, kalau takde pape kat rumah, tak payah balik...". Aku menganguk bila menelefon beliau dua malam lepas. Hati rase lega, dengar suara ibu tersayang. Sememangnya aku sedang rindu kampung halaman buat masa sekarang. Dengan tekanan sekarang, rumah, adalah tempat yang dapat memberi ketenangan.

Keadaan yang serabut ini bukan aku sorang yang merase. kene jugak pikir pasal orang laen. Kawan- kawan seAUSMAT aku, lecture-lecture pun berserabut jugak. kene la pikir pasal orang laen jgak.

Bulan ramadhan yang menjelma bakal memberi keberkatan dalam hidup aku. Aminn.

P/s: 26 hb 7, happy anniversary

0 People who also had seen:

Post a Comment