Mini Logo

Family Guy

The Far Seer: Fahman on 4:42 AM

Rasenye, kite pernah merasai perkara ini.

Bila sesuatu sudah tiada, kita baru menyedari kepentingannya,
merindui kehadirannya.
betapa pentingnya sesuatu, atau seseorang kepada orang lain di sekeliling kita.

.....................................................................................

Seminggu yang lalu, Seorang saudara Abah, iaitu anak saudaranya, "Cikgu Wil" atau ayoh kube kace telah kembali ke rahmatullah pada umur 72 tahun. Beliau menderita sakit paru-paru dan telah mendapat rawatan di HRPZ2 kota bharu.

Setelah sekian lama, akhirnya Suasana sugul kembali di Teratak Desa, kediaman Ayoh Kube Kace, tempat yang selalunya digunakan untuk menyambut perayaan Aidil Adha dan Aidil Fitri.

Abang sulung aku, yang baru seminggu berpindah ke Kuala lumpur, terus balik ke kelantan, menuggang motor Yamaha LC yang baru di'pos oleh abah. Ma pon trus berleter, bukan murah nak pos Motorsikal. Tapi Long sekadar terdiam.

Ketika majlis tahlil, Anak-anak saudara semua menceritakan yang Abang Long aku terasa seperti tersangkut(ada urusan tidak selesai) dengan arwah, tidak dapat tidur sebab pergi ke KL secara tergesa-gesa, tak sempat memberi tahunya. Ma pun faham.

Semasa di rumah arwah, sempat juga aku berbual dengan anak buah sorang. Semua cucu arwah dah besar-besar, ada yang telah berkahwin, dah ada anak.keluarga dah membesar.
Selepas ini, abang-abang aku pun akan melalui ini juga.
Selepas ni, ibu-ibu kita, ayah-ayah kita pula yang akan meningkat umur.
Menjadi tangungjawab kita, generasi-generasi yang muda untuk meneruskan tradisi, menguruskan majlis majlis.

Aku terdiam sejenak. SElalunya Arwah sebagai Ketua keluarga kediaman tersebut selalu mengepalai majlis, menyembelih lembu korban, sembayang hajat dan lain-lain. Sekarang sumua itu terserah kepada anak-anak cucu dan menantu-menantu, dan anak-anak saudara yang rapat..

Kami sekeluarga agak rapat dengan waris sebelah Abah. Selepas kematian nenek, Wan, kami adik beradik sudah ketiadaan orang tua abah dan ma. Kalau dulu beraya di kampung ma di pahang, tetapi sekarang seperti sudah jauh. Kampung abah di kelantanlah tempat bertemu.

Ma selalu berpesan, Sedara mara kita ramai. kena kenal-kenal. Jangan 'agah-agah'(sombong).
Betul. Kita orang melayu, terutamanya di kelantan,memang budaya kita untuk mengenali waris-waris yang jauh, spupu sepapat.Bile dah ade pangkat, kene ingat orang orang kat kampung.
Bukan asal orang senang.

Jadi...itulah. beberapa ingatan kepada aku
selepas ni duk jauh
kene la pandai bawak diri..
so...family first



p/s; moga moga allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

0 People who also had seen:

Post a Comment