Mini Logo

Monuments Between Streets

The Far Seer: Fahman on 4:01 AM People who also had seen (2)

Hari ini akan aku tulis tentang bandaraya yang paling aku gemari(for now), Melbourne. Kenapa aku suka Melbourne? Di bandar ini terletaknya ratusan bangunan yang tercantik dari segi seni binanya. Unik, memang tidak terfikir sebelum ini, ada bagunan-bangunan yang pelik dan cantik.

1. Melbourne Airport

Bangunan ni takdelah cantik sangat. Tapi tempat ini memang nostalgik, sebab ini tempat pertama aku jejak kaki di bumi Australia ini.cara pembuatannya memang mengkagumkan. Lihat lah kat bahagian yang seolah-olah tergantung.

2. Southern Cross station.
Besar tempat ni, letih nak pergi dari hujung ke hujung. Kalah Kl sentral. Tempat pertama aku akan sampai jika naik tren dari Geelong.( aku ada amik gambar kat tiang depan sekali)

3.Rmit University.


Tempat yang sering aku lalu, kerana berdekatan dengan rumah member aku yang belajar kat sini. Rugi betul aku tak buat betul-betul masa Ausmat. Kalau tak boleh belajar kat sini. Arkitek yang modified bangunan ini memang bijak kerana menggabungkan seni bina moden dengan banguna university yang lama. (perhatikan benda yang macam buih nikelodeon yang berwarna hijau, kat atas bangunan tersebut)



4. Federation Square (Fed Square)



Antara tempat yang paling unik aku pernah pergi.Berdekatan Yarra river, Dataran ini memang kelihatan cantik pada waktu malam. Dataran ini de keliling bangunan-bangunan yang geometrik. Ada yang petak, ada yang berliku2. Dan terdapat pelbagai material yang digunakan untuk membuat bangunan-bangunan ini seperti konkrit, kaca, keluli, malahan plastik. Arkiteknya juga dikatakan bekas pelajar dari RMIT university

5. Victoria State Library Library

Berdekatan Rmit University. Selalu lalu kalau nak pergi ke Fed square. Aku tak paham kenapa ada dinding yang tenggelam depan library tersebut. Idea memang smart!


Berikut adalah banguna-bangunan yang aku lihat dari jauh. Tak sempat nak tengok secara dekat.
Melbourne Exhibition Centre.



Dockland



Eureka Tower


Sidney Myer Bowl( back ground of Eureka Tower).


Begitulah serba sedikit tentang bangunan di Melbourne. Semamangnya, ramai golongan-golongan muda Australia yang mengambil kursus architecture dan peluang bagi mereka terbuka seluas-luasnya. Dan hasilnya, sebuah bandar yang terancang, moden namun masih terpelihara khazanah-khazanah lama. Mereka juga Pemikir yang kritis dalam menyelesaikan masalah, bukan hanya memikirkan tentang untung semata-mata.

How they met me

The Far Seer: Fahman on 4:04 AM People who also had seen (2)

Minggu lepas aku ada membaca satu artikel dari laman web yang tersohor. Tajuknya ialah adakah kita menemui orang yang salah? Bila dibaca difikir, aku merenung sekejap tentang kehidupan aku selama 19 tahun ini. Memang betul, Allah tidak pernah meletak kita di tempat yang salah dan bertemu dengan orang yang salah.

Ketika aku baru lepas habis UPSR, aku tak dapat masuk SBP. Dulu memang aku berasa rendah diri, orang lain dapat masuk sekolah yang terkenal, aku masih terlekat kat rumah. Namun mengikut logiknya, bagi seorang yang pasif yang baru berusia 12 tahun, memang tidak tepat untuk untuk tinggal berjauhan dari keluarga. Aku bukan macam adik aku. Dan dengan tinggal dirumahlah aku dapat bersama dengan arwah nenek aku yang banyak memberi pengajaran dan tunjuk ajar ketika aku berada di rumah; memasak, nasihat dan sebagainya.

Selepas PMR, aku berhajat untuk belajar keluar negeri. Mungkin SBP, mungkin MRSM. Namun, aku diterima untuk masuk ke SMACH, yang terletak kira-kira 8 kilometer dari rumah aku. Memang aku hendak tolak. Confirm. Nak tunggu MARA. Lalu Ma terus berpesan, pergi dulu. Cuba suasana di sana, lagipun aku mendapat aliran teknikal, aliran untuk aku belajar senibina. Tak perlu blajar Biology.

Maka di sini, aku dapat berjumpa dengan pelbagai rakan-rakan yang hebat-hebat, dari segi penampilan, peribadi dan pemikiran. Walaupun pada mulanya aku terasa ingin balik, kerana homesick(sepuluh kilo kot), namun sekolah ini jugak mengajar aku untuk berdikari. Dan aku mula bersyukur, jika aku tidak pergi ke sekolah ini, memang sukar untuk aku sampai ke tahap sekarang.

Di Australia, aku terpilih ke Universiti Deakin yang bukan pilihan pertamaku. Agak menyesal kerana tidak berusaha bersungguh-sungguh dalam matrikulasi. Namun, semua yang terjadi ada hikmahnya. Di sini, work load agak kurang berbanding universiti lain. Agak sesuai dengan orang yang malas dan kuat main games macam aku. Sampaikan kawan aku dari Melbourne pun pelik dengan 'kelapangan' kami.

Sememangnya Allah meletakkan kita di tempat yang sepatutnya, dan berjumpa dengan orang-orang yang betul. Mungkin pada kita, sesetengah orang yang berdekatan itu agak menjengkelkan kita. Namun kadang-kadang orang itulah yang pertama akan membantu kita di dalam kesusahan.


gambar hiasan

The Hiatus

The Far Seer: Fahman on 8:29 PM People who also had seen (2)

Dah lama berehat, dalam dua bulan. Ini sebab assignment punya pasal, designing, drawings dan researchings. Sebab itu dia di eja dengan "Ass" kat depan. Setelah dua bulan menetap kat negeri Pulau ni, dah semakin expert dah sikit tentang arah dan budaya setempat. Bueh jadi tourist guide pulak. Btw, selama di perhatikan, memang banyak yang berbeda berbanding tanah tumpahnya darah sendiri. Memang kadang-kadang terasa rindu dengan suasana kat rumah yang panas dan hangat.

Ada beberapa benda yang ade kat malaysia tapi takdak (kurang) kat Australia:

1. Orang tua yang Kurus dan Sihat

dekat sini memang ramai yang obess, termasuklah warga emas. Namun, mereka tetap aktif keluar dengan menggunakan wheelcha(sebutan wheelchair) dan scooter electrik. Mungkin sebab orang tua dekat negara kita lebih aktif, keluar pergi percucuk tanam, pergi menoreh dan sebagainya selepas retired. Apalah yang bapak aku akan buat selepas pencen nanti.

taun depan buleh masuk sukan sea, lepas tu masuk sukan asia. huish.

2. Bola sepak (soccer) bukan permainan yang femes.

Yang ni memang takleh tahan. Gila ke orang bangsa lain seluruh dunia duk layan football, diorang taklayan pon.Di sini, mereka lebih menonton Footy dan Ragbi. Masakan tidak, dalam Hyundai A-league, liga bola sepak Australia pun hanya mempunyai Doblas Team. Busan2. Nak tengok Epl, Champions League pon susah,Liga Super lagi la. Kena bangun pagi pukul 6 baru ada match.
footy adalah gabungan game ragbi, bola sepak, bola keranjang dan dimain dalam padang berbentuk oval.


3. Makanan yang berperasa dan Best2.

Haha.. rindu betul ngan Budu, sambal belacan, Gulai Tempoyak ikan patin, asam pedas, tom yam. Kat sini, nak cari Meggi yang halal pun susah. Hari-hari makan mee goreng mee sedap memang tak berapa sedap la jadinya. Bahan-bahan nak buat gulai kat Asian Grocery pun mahal. Lada kering, Kunyit sampai Au$6, Perencah sampah AU$5 se sachet. Makan Kari tiap-tiap hari buleh tercirit di buatnya.

*taknak bubuh gambar makanan, tengah lapar..

namun, ade jugak perkara yang tek berapa elok(tak baik), ada kat Malaysia dan takdak kat Aussie.

1. Rempit

Bila diperhatikan, baru aku sedar kenapa adanya masalah rempit. Sebabnya dalah adanya Motorsikal kapcai. Tapi kita tidak boleh menyalahkan pengeluar motorsikal tersebut kerana remaja-remaja yang menyalahgunakannya. Dekat Australia(kat negara barat mana pun), Motorsikal ber CC rendah selain scooter tidak digunakan. Hanya Superbike sahaja seperti Kawasaki Ninja, Ducati, dan sbgainya. Ini kerana Remaja-remaja di sini lebih digalakkan menggunakan Basikal dan SkateBoard untuk bergerak, dan Superbike hanya untuk digunakan untuk orang dewasa sahaja. Namun, langkah ini tidak praktikal jika di lakukan di malaysia kerana standard of living berbeda( income rakyat kita berbeza berbanding Aussie, tidak ada kaitan dengan currency). Dan jalan-jalan di malaysia tidak lah secantik di Negara maju untuk anak-anak muda menggunakan Skateboard sepanjang masa. Dan agak tidak masuk akal juga jika Pak cik-Pakcik yang hendak menoreh pergi dengan menaiki Kawasaki Ninja berwarna Hijau, sambil membawa cuka getah.Jadi masalah ini takkan selesai dengan meniru budaya lain sebab latar belakang kita berbeda dengan mereka.

Pakcik nak pi amek cuka getah sat...


2. Lalu lintas yang selamat.

Yang ni antara yang aku suka tentang negara barat. mereka jarang ada penghadang jalan, kerana pemandu-pemandunya bersikap penyabar dan tawawuk(chet.)Even diorang punya Highway pun selamat untuk dilintasi dan tak perlukan penghadang jalan. Dan dekat persimpangan, pedestrian perlu menggunakan lampu isyarat untuk melintas( especially kat bandar). Means tak perlu tengok kiri, tengok kanan untuk melintas, tengok depan sahaja. Orang tua-tua pon rasa selamat untuk melintas, sebab pemandu akan tetap tunggu sehingga jalan dah clear, walaupun Lampu isyarat untuk kereta sudah hijau. (sistem lampu isyarat mereka lain sedikit berbanding yang Malaysia punya.


gambar hiasan

Namun, orang tua-tua jugak yang betul.. Hujan mas megeri orang, Kena hempap kat hujan batu kat negeri sendiri lagi BEST.