Mini Logo

How they met me

The Far Seer: Fahman on 4:04 AM

Minggu lepas aku ada membaca satu artikel dari laman web yang tersohor. Tajuknya ialah adakah kita menemui orang yang salah? Bila dibaca difikir, aku merenung sekejap tentang kehidupan aku selama 19 tahun ini. Memang betul, Allah tidak pernah meletak kita di tempat yang salah dan bertemu dengan orang yang salah.

Ketika aku baru lepas habis UPSR, aku tak dapat masuk SBP. Dulu memang aku berasa rendah diri, orang lain dapat masuk sekolah yang terkenal, aku masih terlekat kat rumah. Namun mengikut logiknya, bagi seorang yang pasif yang baru berusia 12 tahun, memang tidak tepat untuk untuk tinggal berjauhan dari keluarga. Aku bukan macam adik aku. Dan dengan tinggal dirumahlah aku dapat bersama dengan arwah nenek aku yang banyak memberi pengajaran dan tunjuk ajar ketika aku berada di rumah; memasak, nasihat dan sebagainya.

Selepas PMR, aku berhajat untuk belajar keluar negeri. Mungkin SBP, mungkin MRSM. Namun, aku diterima untuk masuk ke SMACH, yang terletak kira-kira 8 kilometer dari rumah aku. Memang aku hendak tolak. Confirm. Nak tunggu MARA. Lalu Ma terus berpesan, pergi dulu. Cuba suasana di sana, lagipun aku mendapat aliran teknikal, aliran untuk aku belajar senibina. Tak perlu blajar Biology.

Maka di sini, aku dapat berjumpa dengan pelbagai rakan-rakan yang hebat-hebat, dari segi penampilan, peribadi dan pemikiran. Walaupun pada mulanya aku terasa ingin balik, kerana homesick(sepuluh kilo kot), namun sekolah ini jugak mengajar aku untuk berdikari. Dan aku mula bersyukur, jika aku tidak pergi ke sekolah ini, memang sukar untuk aku sampai ke tahap sekarang.

Di Australia, aku terpilih ke Universiti Deakin yang bukan pilihan pertamaku. Agak menyesal kerana tidak berusaha bersungguh-sungguh dalam matrikulasi. Namun, semua yang terjadi ada hikmahnya. Di sini, work load agak kurang berbanding universiti lain. Agak sesuai dengan orang yang malas dan kuat main games macam aku. Sampaikan kawan aku dari Melbourne pun pelik dengan 'kelapangan' kami.

Sememangnya Allah meletakkan kita di tempat yang sepatutnya, dan berjumpa dengan orang-orang yang betul. Mungkin pada kita, sesetengah orang yang berdekatan itu agak menjengkelkan kita. Namun kadang-kadang orang itulah yang pertama akan membantu kita di dalam kesusahan.


gambar hiasan

2 People who also had seen:

Comment by mykhalis on May 18, 2011 at 10:10 PM

kalau dah jodoh tak kemana...

 
Comment by Fahman on May 19, 2011 at 4:44 AM

Betul2. tertulis lam luh mahfuz.

 

Post a Comment