Mini Logo

Dawn of Eid ul Fitr.

The Far Seer: Fahman on 9:18 PM





Across this lonely road,
I've found the peace that i;ve search.
It is far away, in a place so called HOME.

8-9 September 2010.

Alhamdulillah, selepas lapan jam perjalanan, merentasi bukit bukau dan jalan yang berliku, kembali juga seorang Hamba Allah ini ke negeri kelahirannya, Al-Kelantani. Kesesakan lalu lintas di lebuh raya karak dan sekitar bandar raya kuala lumpur tidak memadamkan kegembiraan balik kampung.


pertama kali melihat setesen putra yang sesak

Kesesakan di plaza tol gombak. Mengambil masa dua jam utuk sampai ke Bentong.

DI hentian putra lagi, ramai warga Kelantan di perantauan memenuhi setesen. Bersesak sesak, menaiki bas, dan ada juga yang baru membeli tiket. Masyaallah, pertama kali melihat begitu ramai manusia yang memenuhi sebuah tempat yang tertutup. Keriuhan tetap terasa, menunjukkan keinginan untuk balik ke kampung halaman.

Teruja selepas melihat papan tanda di atas.

Setelah sampai, abang ngah (ngoh) menjemput aku, dengan kelisa kuning yang Ma baru beli. Aku hanya sampai pukul 6 pagi, tak sempat bersahur. Selepas solat, sambung tidur. Baru sejam melelapkan mata, aku mendapat panggilan dari Irman Shahir, meminta aku mengambilnya di tanah merah, kerana dikhuatiri akan terlepas rancangan keluarganya untuk balik Terengganu.

Kenderaan musim perayaan.

Selepas balik, Abah menyuruh aku dan Abang Achik (Chik) mengecat rumah. Sakit tengkuk dan pinggang selepas mengecat ruang yang baru ditambah tersebut. Walaubagaimanapun, Aku berjaya memperoleh cermin mata baru yang dibelikan Ma kerana cermin mata yang lama telah hilang di KBU.

Jam menunjukkan, pukul 4 petang. Aku membuka laptop dan bermain permainan Defence of the Ancient (DotA). Permainan inilah yang menyebabkan aku tidak dapat buat kerja atau mentelaah sepanjang pulang ke rumah. Sambil itu, aku melihat Borang survey yang dikirim oleh Ikram Mohd Noor, yang bertajuk " The effect of DotA towards the Higher Education Students"

Jam menujukkan pukul 5.3o. Selepas solat asar, aku bergegas ke rumah Nazirul (yang paling dekat dan paling sebaya dengan aku) untuk mengambilnya. Seterusnya, ke rumah saudara Azri di banggol kemian dan Adli di Tanah Merah. Kami telah merancang untuk berbuka puasa bersama tempoh hari. Selepas meninjau medan selera tanah merah yang dipenuhi perantau, maka kami hanya bergerak ke KFC tanah Merah sahaja.

Selepas selesai berbuka dan solat maghrib, aku menghantar mereka pulang.

0 People who also had seen:

Post a Comment