Mini Logo

Touring the Big City

The Far Seer: Fahman on 5:38 AM

Penat. berjalan jauh dari ibu bandar yang di panggil Melbourne. Nak beli Phone punya pasal, sambil-sambil melawat tempat-tempat yang menarik kat sana.

Memang jauh beza berbanding Geelong. Suasana kat City memang meriah, dan ramai orang foreigners seperti turkish, indian, chinese dan juga melayu. Ya, memang bersepah dan takkan sempat untuk mengenal semua orang.

Suasana yang happening ini memang takdak kat Geelong. Ade tram, nak pergi ke mane-mane pon senang. Jeles jugak ngan budak-budak RMIT (Royal Melbourne Institut of Technology), dapat rumah cantik, dapat kuar pi bandar, banyak spot2 menarik, tak macam Geelong. (menyesal tak buat folio RMIT baik-baik).

Pada petang itu, kami pekena BBQ kat sebuah taman kat tengah-tengah kota Melbourne. Ramai jugak orang-orang melayu. Dan yang datang tu, tak sure sama ada Isma(pesatuan Islam) atau tak. Dan kami rasa seperti ramai giler batch budak KBU kat negeri Victoria. (dalam 20 orang, ramai ar tuh). Macam reuneon pon ada gak.

Selepas selesai, kami pergi ke kedai-kedai phone, nak cari smartphone la. Aku pada mula nak pakai I-phone je, senang. Ramai orang pakai. Tapi bile sampai je kat kedai tu, Mamat Indon tu duk promote HTC desire HD. dengan Paparan kamera 8mp, Social Network, Touch skrin, dan macam-macam lagi, terasa macam nak beli. Ingat na beli Black berry, tapi malas ah. Macam orang bekerja. Just wait for it.


ni la phone baru aku.

Selepas sahaja pergi ke kedai Mamak Malaysia, makan roti tosai daging kambing, Kitorang beransur pulang. Masa tu pukul 9.30, maghrib tak semayang lagi. Isyak dalam pukul 10 malam. So kitorang pon terus solat kat hallway kat stesen keretapi kat South Cross melbourne. Kat sini Macam normal la semayang kat tepi jalan. Orang islam ramai. Fuh. memang letih sangat.

Dan ada satu ayat dari brader kat BBQ tu ada cakap.Ustaz tuh.(tapi bukan Isma kot). Dia cakap, Kita kena bersyukur dan berterima kasih sebab dapat datang ke sini. Tapi bukan bermakna terima kasih kat kerajaan kerana bukan kerajaan yang menoreh, memerah keringat kat sawah-sawah padi, tapi rakyat.Merekalah yang bayar cukai sposen dua posen sorang untuk taja pelajar-pelajar kat sini. Ya, berterima kasih kat RAKYAT. haha.,,something that make sense to be heard.


0 People who also had seen:

Post a Comment