Mini Logo

Touring the Big City

The Far Seer: Fahman on 5:38 AM People who also had seen (0)

Penat. berjalan jauh dari ibu bandar yang di panggil Melbourne. Nak beli Phone punya pasal, sambil-sambil melawat tempat-tempat yang menarik kat sana.

Memang jauh beza berbanding Geelong. Suasana kat City memang meriah, dan ramai orang foreigners seperti turkish, indian, chinese dan juga melayu. Ya, memang bersepah dan takkan sempat untuk mengenal semua orang.

Suasana yang happening ini memang takdak kat Geelong. Ade tram, nak pergi ke mane-mane pon senang. Jeles jugak ngan budak-budak RMIT (Royal Melbourne Institut of Technology), dapat rumah cantik, dapat kuar pi bandar, banyak spot2 menarik, tak macam Geelong. (menyesal tak buat folio RMIT baik-baik).

Pada petang itu, kami pekena BBQ kat sebuah taman kat tengah-tengah kota Melbourne. Ramai jugak orang-orang melayu. Dan yang datang tu, tak sure sama ada Isma(pesatuan Islam) atau tak. Dan kami rasa seperti ramai giler batch budak KBU kat negeri Victoria. (dalam 20 orang, ramai ar tuh). Macam reuneon pon ada gak.

Selepas selesai, kami pergi ke kedai-kedai phone, nak cari smartphone la. Aku pada mula nak pakai I-phone je, senang. Ramai orang pakai. Tapi bile sampai je kat kedai tu, Mamat Indon tu duk promote HTC desire HD. dengan Paparan kamera 8mp, Social Network, Touch skrin, dan macam-macam lagi, terasa macam nak beli. Ingat na beli Black berry, tapi malas ah. Macam orang bekerja. Just wait for it.


ni la phone baru aku.

Selepas sahaja pergi ke kedai Mamak Malaysia, makan roti tosai daging kambing, Kitorang beransur pulang. Masa tu pukul 9.30, maghrib tak semayang lagi. Isyak dalam pukul 10 malam. So kitorang pon terus solat kat hallway kat stesen keretapi kat South Cross melbourne. Kat sini Macam normal la semayang kat tepi jalan. Orang islam ramai. Fuh. memang letih sangat.

Dan ada satu ayat dari brader kat BBQ tu ada cakap.Ustaz tuh.(tapi bukan Isma kot). Dia cakap, Kita kena bersyukur dan berterima kasih sebab dapat datang ke sini. Tapi bukan bermakna terima kasih kat kerajaan kerana bukan kerajaan yang menoreh, memerah keringat kat sawah-sawah padi, tapi rakyat.Merekalah yang bayar cukai sposen dua posen sorang untuk taja pelajar-pelajar kat sini. Ya, berterima kasih kat RAKYAT. haha.,,something that make sense to be heard.


Randomly Nonsense

The Far Seer: Fahman on 12:18 AM People who also had seen (0)

Disebabkan dah berada di sini, ni nak share video yang dibuat di Australia. producernya ialah senior dari KBU (tua setahun dari aku) yang sekarang menuntut di Curtin UNiversity, Perth. Ada banyak video dia dalam you tube. just taip "matluthfi90'', dan ada banyak video yang sempoi2 dari beliau. Enjoy.




p/s; Otak budak architecture ni gila gila jugak :-D

In the New Place

The Far Seer: Fahman on 3:27 AM People who also had seen (0)

well..Ini merupakan first time menulis kat Geelong,Victoria, Australia. Kat sini memang underexpected, ingat macam city kat Melbourne. Jaraknya agak jauh (tapi dah kira dekat dah kat sini) ke city, lebih kurang 90km. Tempat ini lebih sunyi dari machang, pukul 5.30 kedai dah bungkus. Walaupun lebih besar dari Kota Bharu, dia punya Shoping Mall tak buka sampai lebih pukul 9.30 malam.Orang-orang kat sini memang peramah, dan guna basikal adalh keutamaan, Takde motorsikal 150cc, takde gejala rempit.

Kami sampai di sini berlapan orang, semua masih mencari rumah. Susah jugak kat sini walaupun cost of living lebih murah berbanding kat city. Harap-harap dapat jumpa secepat yang mungkin.
Dan cuaca hari ini, Alhamdulillah, tak lah sesejuk seperti hari pertama. Harap nama je summer, tapi sejuk macam kat genting. Time winter tak tahu la macam mana.

time ni pukul 1.30 tengahari, pakai sweater.

Tadi, pagi baru daftar kat Deakin Waterfront campus. Tempatnya agak cantik, dan taklah sebesar seperti campus terdekat iaitu Waurn Pond Campus kat Geelong jugak. Dan dapat jugak terjumpa budak postgraduate dari UIA yang baru daftar. Kat sini memang ramai budak UIA yang buat postgraduate. Kebanyakannya ialah budak-budak architecture.

Masa jalan-jalan, aku terlihat suatu figur yabg familiar. Ia adalah Model sebuah binaan:


yes. This is a model of Masjid Kampung LAut, in Nilam Puri. Model ini dibuat oleh seorang penuntut dari Malaysia, dan masih terpamer di studio kat Deakin. Terdapat juga beberapa binaan model rumah Melayu yang dibuat di sini. Dan aku berasa bangga jugak sebab ada binaan dari Malaysia khususnya dari negeri aku dipamerkan kat sini.

Well, for your information, ini first time kami jumpa pelajar Architecture seramai ini. Tak sangka pulak ramai belajar kat Deakin. Dan hampir setiap orang akan akan tanya: "betul ke nak jadi Arkitek ni?"

Kail bukan sejengkal, jadi lautan luas juga yang diduka. Memang kami berlapan ni, kate-kata memang minat senibina. Tapi para senior juga cakap macam tu ketika mula-mula belajar,tapi semangat tu semakin kurang.Ntah la. as long as ada minat yang mendalan dan keazaman yang kuat, boleh je. Dan kena willing to spend for the project,bukan murah satu-satu.

Begitulah kehidupan kitorang dua tiga hari yang pertama. Memang down juga, Rumah tak jumpa, kena cari rumah, inspect punya lah jauh. 5 minit berjalan diorang sama dengan setengah jam kita orang melayu berjalan. Harap-harap dapat settled in secepat yang mungkin. Orang lain dah boleh berjalan seluruh city, kitorang masih terperap lagi. haha..

Leaving on A jet Plane

The Far Seer: Fahman on 4:41 AM People who also had seen (0)

well..ini bukanlah berkenaan lagu dari kumpulan "Carpenter"

ini merupakan post terakhir, online kat Machang. Banyak benda kena buat.. berkemas..

Esok akan bertolak ke Kajang, then nek Flight kat KLIA lusa.

Berdebar. Sedangkan nek Bot ke pulau Tioman pon buleh mabuk, inikan pulak nek kapal terbang.

well.. Dalam Dua tiga hari ini, aku banyak spend masa ngan family
tolong itu, tolong ini
terutamanya ngan ma. Pergi beli barang sekali.
dan banyak juga berleter
sebab tak packing, borang perjanjia baru jumpa kat bilik yang bersepah/
kadang-kadang ma mengadu kat aku, suh beli itu, ini.
buat itu ini. bagi nasihat.
Banyak barang-barang yang dapat beli..
beli hari ni, ptang karang dapat balik modal..
ramai orang bagi. Biasalah
Ma jadi cikgu kat sekolah rendah aku,
ramai cikgu yang tahu, bekas anak murid
dapat jugak rezeki

tak kurang juga yang belah abah.
sume cikgu2 kirim.
dan juga dari saudara mara.
bila dapat tahu pOK Teh yang sorang ni nak pergi jauh
mase majlis sembahyang hajat pun dapat
Banyak dapat..
Beraya pon tak sampai banyak begini, tak masuk biasiswa JPA ada tak sentuh lagi

Terima kasih semua. trerima kasih.
memang terharu
dan bersemangat...dapat banyak pertolongan
harap dapat buat yang terbaik.
ma selalu pesan, suh bakar semangat adik.
biar die "jeles"..
Ntah.. Zaman aku lain, zaman dia lain.
environment aku lain, dia lain.
Asal dapat berkawan yang dapat tolong dalam pembelajaran,
tak lepak malam2 nek motor
(dan Alhamdulillah, ma abah tak pernah beli motor sejak cik masih remaja)
dan jaga solat.

Dan juga ingin memohon maaf kepada semua sahabat-sahabat,
sekolah rendah,menengah mahupun kolej,
jiran-jiran tetangga (terutama jiran baru sebelah rumah yang aku langgar kereta dia dengan bontot kereta ma).
mintak maaf banyak-banyak..

InsyaAllah, dalam beberapa masa lagi, dapat balik ke kampung, berkongsi pengalaman suka dan duka di bumi orang.

Letih,letih..

That's what you get.

The Far Seer: Fahman on 6:01 AM People who also had seen (2)

Ini bukanlah mengulas tentang lagu band Paramore. Tapi lebih kepada entry tentang kejadian baru-baru ini.

kalau dulu, aku selalu meminta hendak membeli itu dan ini
api sekarang sudah tidak perlu. Biasiswa dah ada.

Dulu ingat lagi, mintak ngan abah ngan ma, kalau dapat straight A mase SPM, nak mintak motor.
Tapi tak tergamak. Banyak lagi tanggungan yang lain.

Same jugak mase pMR, lepas dapat result,
orang lain dah pakat guna Handphone, kite pon nak jugak.
Kalau buat telefon mak bapak takpe jugak.
Tapi Ma tak bagi.
Buat ape la budak sekolah menengah guna henset.
dah la duk Asrama, tak pasal pasal jadik macam member aku
8 kali kena tangkap henset, cikgu yang sama pulak tuh yang rampas.

telefon first aku pun nokia (tak ingat model) yang abang aku guna.
dah ade biasiswa, baru dapat beli hanset ade kamera 2mp, MP3..
orang lain senang-senang je dapat smartfone. kita pulak,baru nak berjinak-jinak guna henset.


Aku still guna yang ni. SE W610i.

Laptop... first sekali guna CompaQ F700.klik sini
laptop second hand, abang no2 aku yang belikan.
sekadar buat assignment ngan online.
takde ar puas sangat. Tapi bleh guna ar.
hajat nak jugak meminta ngan mak bapak.
beli yang ok sikit..
tapi ape gunanya biasiswakan?


tapi sekarang dah puas hati..
dapat beli guna duit sendiri.
Asus A42J, harga pon berbaloi.
beli ngan abang aku
kalau aku pergi beli sorang-sorang, konpem kene tipu.
puas hati.


my new bini. ada kaki kucing di situ


Abang sulung aku kate bleh guna software architecture,autoCAD, Photoshop.
abang ngah aku kate: jage leklok, jangan men games 3D banyak sangat..
Mak ngan abah macam biasa ar..jage leklok...barang mahal.
yes Mom.

so macam tu lah. banyak bende yang kita nampak cam senang nak dapat, tapi nak mendapatkannya mengambil masa.
dapat beli henset, dapat beli laptop, cermin mata frameless baru, barang-barang seni bina,
puas hati la.
adik bongsu aku tuh. Dapat 8a, nak mintak henset.
well...bese ar bdak-bdak remaja.banyak bende nak mintak.
tapi bende tu kita bukan dapat segera, dalam masa yang singkat.

it takes time..once we got it, we'll feel very satisfied.