Mini Logo

Hard Enough

The Far Seer: Fahman on 7:03 AM

26-27 November 2010

Alhamdullillah. Akhirnya habis jua Kem Biro Tatanegara dengan jayanya. Namun, itu juga petanda kepada penghujung pertemuan Batch AUSMAT Jpa 2010. Ramai yang sebak, berpelukan, menitiskan air mata sebagai tanda penghargaan yang di bina dalam masa setahun enam bulan ini.

BTN mungkin releven jika hanya sekadar kenegaraan dan sejarah negara diterapkan, bukannya sebagai medium kepada parti politik untuk menyebarkan dakyah kepada para pelajar yang kebanyakan masih tidak terbuka pemikiran dan memilih sesuatu yang betul. Namun, itu bukanlah yang ingin diketengahkan dalam paparan ini.

Tidak disangka juga, hari terakhir kami berkumpul sebagai satu batch ialah di BTN. Dan pada LDK terakhir, dimana kami bertungkus lumus (direnjis air, dipadamkan lampu) mencantumkan cebisan- cebisan kain kuning, merah, putih dan biru menjadi Jalur Gemilang kebanggaan kami, sesuatu keajaiban telah berlaku. Batch yang dicemuh ini telah menunjukkan semangat perpaduan yang mengkagumkan dan nilai persahabatan yang murni. Bagi para facilitator, merekan mungkin berpendapat BTN adalah releven dan telah mendatangkan hasil. Tapi, kami menangis bukan sekadar terbitnya semangat cintakan negara, tetapi juga sebagai tanda perpisahan.

Pada hari ini, kami pergi ke sebuah Shoping mall di bandar utama untuk menyambut hari jadi seorang sahabat. Sememangya, hari- hari terakhir kami digunakan sebaik mungkin untuk meluangkan masa bersama. Dan mungkin ada di antara kami yang tidak akan berjumpa antarta satu sama lain. Aku pula akan berpisah dengan sahabat-sahabat hostel yang terdiri daripada pelajar-pelajar kejuruteraan ke Jerman yang bakal berlepas pada 6 januari tahun depan.
Aku sangat rapat dengan mereka, yang banyak menghabiskan masa bersama-sama bermain futsal, tengok bola, melawak. Dan mungkin aku hanya akan menangis pabila melihat seorang dari seorang daripada mereka melepasi gate penumpang di KLIA.

Menangis. Perlukan kekuatan untuk menangis. Aku sudah lama tidak menangis. dan hanya perkara- perkara yang betul-petul penting dalam hidup aku yang membuatkan air mata akan menitis dari seorang lelaki.

Moga moga perpisahan akan memberi kekuatan kepada kita untuk menerima orang-orang baru dalam hidup kita di masa hadapan, di tempat yang asing lagi mencabar. Moga-moga cita-cita kita dapat dicapai.Insyaallah

0 People who also had seen:

Post a Comment